KELAYAKAN UNTUK MENJADI PENJAGA JENTERA

 

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Bahagian III

Peraturan 49

 

1.        Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, hendaklah memuaskan hati Lembaga  bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut:

(a)     bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;

(b)     bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun;

(c)     bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh Lembaga;

(d)     bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman kelengkapan hidup;

(e)     bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan

(f)      bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Lembaga fikirkan perlu.

 

2.        Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera dikelurkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Lembaga dan hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa-

(a)     dia memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada di bawah penjagaannya, dan mempunyai pengetahuan yang mengcukupi untuk memasang dan mengendalikannya tnpa bahaya;

(b)     bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan rejatan elektrik; dan

(c)     dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.

 

3.        Peperiksaan bagi perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Lembaga fikirkan perlu.

 

4.        Peperiksan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera yang disebut di bawah subperaturan (2) dan (3) hendaklah dijalankan oleh Lembaga atau disebabkan untuk dijalankan oleh sesuatu institusi yang diberi tauliah dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Lembaga.

 

5.        Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), Lembaga boleh megecualikan, megikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.