DEFINASI

 

  NOTA – Definasi-definasi yang berikut menunjukkan makna terminologi-terminologi yang didefinasikan yang digunakan dalam Peraturan Pendawaian IEE.

Alat-tambah. Peranti selain peralatan yang menggunakan arus , bergabung dengan peralatan yang lain atau dengan pendawaian peralatan.

Alur keluar soket Suatu peranti yang mempunyai sentuhan-sentuhan betina , yang hendak dipasang dengan pendawaian tetap dan yang perlu mendapat suatu palam.

Arus beban berlebihan. Arus berlebihabn yang berlaku dalam litar yang selamat dari segi elektrik.

Arus berlebihan. arus yang melebihi nilai kadar. Untuk pengalir, nilai kadar adalah muatan bawahan arus.

Arus kebocoran bumi. arys yang mengalir ke bumi, atau ke bahagian-bahagian beraliran berlebihan, dalam litar yang selamat dari segi elektrik.

Arus kejutan. Suatu arus yang melalui badan manusia atau haiwan dan mempunyai ciri-ciri yang boleh menyebabkan kesan-kesan patofisiologi yang merbahaya.

Arus litar pintas. Suatu arus berlebihan yang terhasil daripada impedans gelinciran yang boleh diabaikan di antara pengalir-pengalir hidup yang mempunyai perbezaan dalam keupayaan di bawah keadaan pengendalian yang biasa.

Arus pengendalian baki. Arus baki yang menyebabkan peranti arus baki beroperasi di bawah keadaan-keadaan yang tertentu.

Asalan sesuatu pemasangan. Kedudukan yang mana tenaga elektrik dihantarkan kepada sesuatu pepasangan.

Bahaya. Bahaya kepada manusia dan haiwan daripada:

1. kebakaran, kejutan elektrik, terbakar akibat penggunaan tenaga elektrik, dan

2. pergerakan mekanikal bagi peralatan yang digerakkan oleh elektrik, dalam mana setakat ini bahaya dirancang untuk dihalang oleh pensuisan kecemasan elektrik atau oleh pensuisan elektrik untuk penyenggaraan mekanikal bagi bahagian-bahagian bukan elektrik daripada peralatan tersebut.

Bahagian beraliran berlebihan. bahagian beraliran yang boleh memberi keupayaan, biasanya keupayaan bumi, dan tidak menjadi bahagian pemasangan elektrik.

Bahagian beraliran terdedah. Suatu bahagian kelengkapan yang beraliran yang boleh disentuh dan bukan bahagian hidup tetapi yang boleh menjadi hidup di bawah keadaan yang tidak sempurna (rosak).

Bahagian hidup. Pengalir atau bahgian beraliran yang dirancang untuk diberi tenaga dalam penggunaan biasa, termasuk pengalir neutral .

Bahagian yang mudah dimasuki secara serentak. Pengalir atau bahagian-bahagian pengalir yang boleh disentuh secara serentak oleh manusia atau haiwan ternakan.

Bumi. Jisim beraliran Bumi, yang mana keupayaan elektriknya dimana-mana titik, biasanya diambil sebagi sifar.

Diguguskan. Dua atau lebih kabel yang terkandung dalam satu pembuluh, salur atu penyaluran, atau jika tidak ditutup, tidak dipisahkan daripada satu sama lain.

Elektrod bumi. Satu konduktor atau sekumpulan konduktor yang bersentuhan dengan, dan membekalkan penyambungan elektrik kepada Bumi.

Elektrod bumi yang dipengaruhi oleh elektrik. Elektrod bumi yang terletak pada jarak bertentangan yang mana arus maksimum yang boleh mengalir melauinya tidak mempengaruhi secara bernilai keupayan yang lain.

Faktor ruang. Nisbah (dinyatakan sebagi peratus) jumlah keseluruhan kawsan keratn rentas kabel (termasuk penebatan dan sebarang sarung) kepada kawasan dalam keratan rentas pembuluh atau penutup kabel dalam mana ia dipsang. Kawasan keseluruhan kawasan rentas yang berkesan untuk kabel bukan-bulat diambil sebagai diameter bulatan yang sama paksi utama kabel tersebut.

Halangan. Bahagian yang memberikan tahap tertentu perlindungan tehadp sentuhan dengan bahagian-bahagian hidup, dari mana-mana arah masuk yang biasa.

Kapasiti membawa arus bagi konduktor. Arus maksima yang boleh dibawa oleh konduktor di bawah keadaan-keadaan tertentu tanpa keadaan tetap suhu adalah melebihi nilai tertentu.

Kawasan rintangan untuk elektrod bumi sahaja. Luas permukaan bumi (di sekitar elektrod bumi) yang mana suatu kecerunan voltan bererti boleh didapati.

Kejutan elektrik. Suatu kesan patosiologi yang merbahaya yang berlaku akibat pengaliran arus elektrik melalui badan manusia atau haiwan.

Kelengkapan elektrik. Sebarang perkara untuk tujuan seperti penjanaan, penukaran, penghantaran, taburan atau penggunaan tenaga elektrik seperti mesin, transformer, radas, alatan ukuran, peranti pelindung, bahan pendawaian, alat-tambah dan perkakasan.

Kelengkapan mudah alih. Kelengkapanyang oleh dibawa ke mana-mana semasa dalam pengendalian atau yang boleh dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain semasa disambung kepada bekalan.

Kelengkapan pegun. Kelengkapan yang tetap atau yang mempunyai jisim melebihi 18 kg dan tidak dibekalkan dengan pemegang.

Kelengkapan tetap. kelengkapan yang diikat kepada suatu sokong ataupun diikat dalam tempat yang tertentu.

Konduktor pelindung litar. Konduktor pelindung yang menyambungkan bahagian-bahagian beraliran peralatan yang terdedah kepada terminal pembumian utama.

Konduktor pembumian. Konduktor pelindung yang menyambungkan terminal pembumian utama bagi sesuatu pemasangan kepada elektrod bumi atau kepada pembumian yang lain.

Konduktor pengikatan. Konduktor perlindungan menyediakan pengikatan sama upaya.

Kurungan. Suatu bahagian yang memberi perlndungan yang memadai terhadap pengaruh luaran yang tertentu dan perlindungan yang khusus terhadap sentuhan dengan bahagian hidup dari mana-mana arah.

Lantai penebatan (atau dinding). Lantai (atau dinding) semasa bersentuhan terus dengan bahagian yang hidup, sessorang yang berdiri di atas nya tidaj akan terganggu oleh arus kejutan yang mengalir.

Litar. Himpunan peralatan elektrik yang dibekalkan daripad punca yang sama dan dlindungi terhadap arus berlebihan oleh peranti pelindung yang sama.

Litar akhir. Litar yang disambung terus kepada kelengkapan yang mana menggunakan arus atau kaepada satu soket alir keluar atau beberapa soket alir keluar atau alir keluar yang lain untuk sambungan kelengkapan seperti ini.

Litar akhir gelang. suatu litar akhir yang disusun dalam bentuk gelang dan disambung kepada satu titik bekalan.

Palam. Suatu peranti yang mempunyai pin sentuhan, yang bertujuan untuk menyangkut pada kabel boleh lentur dan yang boleh dimasukkan dalam alur keluar soket atau penyambung.

Pantan fius. sebhagian fius, termasuk unsur fius yang memerlukan gantian dengan pantan fius yang baharu atau yang boleh digantikan selepas fius beroperasi dan sebelim fius digunakan kembali.

Papan suis. suatu susunan peralatan suis dengan atau tampa alat persuisan utama atau tambahan tetapi syarat ini tidak termasuk kumpulan suis tempatan dalam litar akhir.

Pemasangan elektrik. Suatu himpunan kelengkapan elektrik yang bersekutu untuk memenuhi sesuatu tujuan dan ciri-ciri berkodinat.

Pembumian berfungsi. sambungan kepada bumi yang perlu untuk fungsi yang sesuai bagi kelengkapan elektrik.

Pemecah litar. Peranti pensuisan mekanikal berkebolehan membuat, membawa dan memecahkan arus di bawah keadaan-keadaan litar normal dan juga membuat, membawa arus untuk masa tertentu dan memecahkan arus di bawah keaqdan-keadaan litar tidak normal seperti litar pintas.

Pemencilan. Memotong pepasangan elektrik, litar atau butir kelengkapan dari mana-mana punca tenaga elektrik.

Pendawaian sepusat bumi. Sistem pendawaian yang mana satu atau dua konduktor bertebat adalah di kelilingi lengkap ke seluruhan panjangnya oleh suatu konduktor, misalnya sesuatu selubung yang berfungsi sebagi konduktor PEN.

Penebatan. Suatu bahan bukan pengalir yang mengurungi, melindungi atau menanggung pengalir.

Pengalir fasa. Pengalir sistem a.u untuk penghantaran tenaga elektrik, selain pengalir neutral.

Pengalir neutral. Pengalir yang disambung pada titik neutral sistem dan menyumbang kepada penghantaran tenaga elektrik.

Pengalir pelindung. Suatu pengalir yang digunakan untuk suatu ukuran perlindungan daripada kejutan elektrik dan bertujuan untuk menyambungkan bahagian-bahagian berikut:

· bahagian-bahagian beraliran yang terdedah.

· bahagian-bahagian beraliran yang berlebihan

· pengkalan pembumian utama

· elektrod bumi

· titik terbumi punca itu atau suatu neutral tiruan.

 

 

Pengalir PEN. Pengalir yang menggabungkan fungsi kedua-dua pengalir perlindungan dan pengalir neutral.

Pengganding kabel. Kaedah/cara yang membolehkan hubungan, apabila dikehandaki bagi dua kabel boleh-lentur. Ia mengandungi penghubung dan plug.

Pensuisan kecemasan. Potongan secara pantas tenaga elektrik untuk menghalang bahaya terhadap manusia, haiwan atu harta-benda yang boleh berlaku dengan tidak sengaja.

Penyaluran kabel. Sistem kurungan untuk perlindungan kabel.

Penyambung. Bahagian pengganding kabel atau pengganding perkakas yang disediakan dengan sentuhan betina adalah dirancangkan untuk dihubungkan kepada kabel boleh lentur yang telah disambungkan kepada bekalan.

Penyenggaraan mekanik. Gantian atau pembersihan peralatan dan bahagian kelengkapan loji dan jentera yang bukan elektrik.

Peranti arus baki. Suatu peranti pensuisan mekanik bertujuan untuk melakukan sentuhan-sentuhan terbuka semasa arus baki mencapai suatu nilai yang diberi di bawah keadaan-keadaan tertentu.

Perkakas. Pealatan yang menggunakan arus selain sistem lampu atau motor tak bersandar.

Peralatan yang menggunakan arus. Peralatan yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga yang lain.

Rintangan elektrod bumi. Rintangan bagi elektrod bumi kepada Bumi.

Salur. Laluan tertutup yang dibuat di bawah tanah atu di dalam sesebuah struktur dan dirancang untuk menerima satu atau lebih kabel yang akan dimasukkan ke dalannya.

Sistem. Satu sistem elektrik yang mengandungi satu sumber tenaga elektrik dan pemasangan.

· Sistem TN Satu sistem yang mempunyai satu atau lebih titik sumber tenaga yang dibumikan secara terus, bahagian-bahagian pengalir bagi pemasangan dihubungkan kepada titik tersebut dengan pengalir pelindung. Tiga jenis sistem TN ialah:

1. Sistem TN-C Fungsi neutral dan pelindung digabungkan dalam satu pengalir tunggal di seluruh sistem.

2. Sistem TN-S Pengalir neutral dan pelindung berasingan di seluruh sistem.

3. Sistem TN-C-S Fungsi neutral dan pelindung bergabung di dalam satu pengalir tunggal di sebahagian sistem.

· Sistem TT Semua bahgian-bahagian beraliran yang terdedah sesuatu pemsangan yang disambungkan pada elektrod bumi yang tidak bersandar secara elektrik sumber bumi.

· Sistem IT Tidak mempunyai perhubungan secara terus di antara bahagian-bahagian hidup dan Bumi, bahagian-bahagian pemasangan elektrik terdedah dibumikan.

Sistem lampu Kelengkapan yang mengagih, menapis atau memindahkan cahaya termasuk bahagian yang sesuai untuk menanggung, mengikat dn melindungi lampu (tidak termasuk lampu) dan bila perlu tambahan litar bersama-sama cara untuk menyambungkannya kepada bekalan.

Suis Suatu peranti pensuisan mekanikal yang boleh membuat, membawa dan membatalkan arus di bawah keadaan-keadaan litar biasa.

Suisgear Satu susunan alat pensuisan utama dan tambahan dengan atau tanpa alat untuk pengendalian, peraturan, perlindungan atu pemasangan kawalan elektrik yang lain.

Taji Suatu kabel cabang yang dismbungkan kepada litar gelang atau litar akhir jejarian.

Terminal pembumian utama Terminal atau palang yang dilengkapkan untuk sambungan penalir pelindung, termasuk pengalir ikatan sama upaya dan pengalir untuk pembumian berfungsi jika ada kepada cara-cara pembumian.

Titik (dalam pendawaian) Suatu penamatan pendawaian tetap yang bertujuan untuk penyambungan kelengkapan yang menggunakan arus.

Unsur fius Sebahagian fius yang direka untuk melebur semasa fius beroperasi.